NADI – MAHIR: Mahir Masak dan Mahir Fotografi Minggu 23
16 Jun 2026 | Aktiviti Terkini15 – 19 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 23. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan seorang peserta mahir fotografi. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
Kelas Terakhir Mahir Fotografi dan Masak merupakan sesi penutup bagi program kemahiran yang telah dijalankan. Kelas ini memberi peluang kepada peserta mengulang kaji ilmu yang dipelajari, berkongsi pengalaman serta mempamerkan hasil kerja masing-masing. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada peserta untuk terus mengembangkan kemahiran dalam bidang fotografi dan masakan, sama ada sebagai hobi, sumber pendapatan sampingan atau kerjaya pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: